Feeds:
Posts
Comments
by Hanif Nor on Tuesday, 15 March 2011 at 20:14

Betapa lemahnya insan

dalam menilai

Betapa tandusnya neraca penilaian insan

 

Allah menilai melalui takwa

Manusia memilih kayu ukur diri

Allah melihat dari sudut keimanan

Manusia menimbang dengan kelebihan diri

Allah tidak  memandang darjat

Manusia memuja kekayaan kemewahan

 

Sedikit kekurangan

Sedikit kecacatan

sedikit kelemahan

Sedikit kesilapan

Diperbesar-besarkan

Seolah-olah tiada langsung kebaikan

Sedikit keburukan melenyapkan seribu kebaikan

 

Pandanglah dengan mata hati

Yang tak pernah menipu

Pandanglah dengan kalbu

Moga mata kasar tidak kelabu

 

Kau dan aku

lemah dalam menilai

kayu ukur terlalu subjektif

untuk menghukum

 

Muhasabah diri

Penyerahan hakiki

Itulah sebaiknya.

KESABARAN

KESABARAN

by Hanif Nor on Wednesday, 02 March 2011 at 22:05

Memang mudah berkata sabar,

Diri orang berdebar-debar.

 

Sabar separuh daripada iman,

Menyebut boleh terasa tergaman.

 

Ada hikmah disebalik kesabaran,

Hati tidak mudah panas baran.

 

Sabar perlu dalam ujian,

Mesti lulus tahap kepujian.

 

Setiap yang hidup ada dugaan,

Barulah hidup ada cabaran.

GURINDAM HIDUP

by Hanif Nor on Friday, 25 February 2011 at 23:15

APABILA BUDI TERTOLAK KE TEPI,

ITU TANDANYA HATIKAN SEPI.

 

APABILA EMAS DIPANDANG ORANG,

SEDARLAH AKAN DIRIKU KURANG.

 

APABILA STATUS MENJADI PILIHAN,

SEDAR DIRI TERIMA KEKALAHAN.

 

APABILA KEBENDAAN DILETAK DIDEPAN,

TERTOLAKLAH SUDAH SEGALA HARAPAN.

KETAHUILAH KAWAN

by Hanif Nor on Tuesday, 01 March 2011 at 16:14

Ketahuilah kawan…

Ketinggian darjat bukan terletak pada

pangkat, status, kelayakan

Kita tetap sama disisiNya

Ukuran manusia biasanya tidak selalunya tepat

 

Ketahulah kawan..

Usah berkecil hati dengan apa yang ada

Usah jauh hati dengan kelebihan rakan

Usah iri ati dengan pemberianNya yang berbeza

Usah rendah diri dengan kemampuanmu

 

Ketahulah kawan…

Setiap kita diberi akan kelebihan dan kelemahan

syukuri atas nikmat segalanya

Pergunakan kekuatan lupakan kelemahan

 

Ketahuilah kawan…

aku sama jua sepertimu

Tetap menghormatimu sebagai insan

punyai kelebihan tersendiri

jauh dari lupa diri

Sedar akan pembeian dan nikmat anugerahNya

 

Ketahuilah kawan…

Kita hanya terpisah dalam ruang waktu

ruang masa yang berbeza

ruang tempat berlainan

tetapi hati kita tetap sama

sama seperti dulu-dulu

Jika ada dengki bertanah

Jika ada iri bersarang

Jika ada rasa tidak mahu melihat kesenangan orang lain

Jika tidak mahu melihat kehebatan orang lain

melebihi diri

Jika kejahatan diuar-uarkan

jika kelebihan ditunjuk-tunjukkan

itulah tanda nafsu merajai

 

Jika istana bahagia mahu diruntuhkan

Jika rezeki orang seakan mahu ditarik

Jika merasakan diri amat berkuasa

Jika kuasa yang ada digunakan sewenang-wenang

Itu jua tanda hati sakit

 

Pohon ku, usahlah ada pihak

yang menyokong dan

bersekongkol dalam membuat kejahatan

kerana sokongan itu lebih menjahanamkan

hidup dan menambahkan lagi kesesatan

 

Sesungguhnya nafsu dan hati

telah mati

Tapi masih belum terlambat

Untuk kau muhasabah diri

PENULISANKU 2

Guru sastera dan sastera Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 12/10/2000 Terperinci
Pak Su Bas pencerita lisan masih lagi aktif Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 19/01/2001 Terperinci
Sastera sudah lama global Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 17/01/2001 Terperinci
Hassan hidupkan muzik silat Melayu Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 22/06/2001 Terperinci
Persoalan agama dalam puisi Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 27/08/2001 Terperinci
Azman Hussein yang ku kenali Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 02/09/2000 Terperinci
Sastera untuk ilmu Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 05/10/2000 Terperinci
1 2 3

PENULISANKU 1

Cerpen Khadijah diciplak Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 08/11/2000 Terperinci
Sukarela dalam sastera Mohd. Hanif Mat Nor Berita Minggu (Sastera dan Budaya) 22/10/2000 Terperinci
Suliza beri nafas baru persembahan dikir barat Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 16/06/2001 Terperinci
Antara populariti, kebajikan seniman Kelantan Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian 06/08/2001 Terperinci
Krisis jiwa manusia moden dalam Dongeng Pascamerdeka Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 12/09/2000 Terperinci
Iktibar kisah Puteri Sa’dong Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 30/04/2001 Terperinci
Seni silat Melayu mesti ada pegangan Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 04/01/2001 Terperinci
Tok Janggut masih hidup? Mohd. Hanif Mat Nor Berita Minggu (Sastera dan Budaya) 19/11/2000 Terperinci
Di mana artifak Tok Janggut? Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 10/04/2001 Terperinci
Daud Bukit Abal generasi ke 2 selepas Pak Leh Tapang Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 02/05/2001 Terperinci
Mesej berguna dalam lagu dikir barat Mohd. Hanif Mat Nor Mingguan Malaysia (Sudut Sastera) 08/04/2001 Terperinci
Bekas primadona Makyung terus dilupai Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian 14/06/2001 Terperinci
Kenapa Dongeng Pasca Merdeka dipilih? Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 16/09/2000 Terperinci
Dilema dikir barat di alaf baru Mohd. Hanif Mat Nor Utusan Melayu 12/07/2002 Terperinci
Dikir barat sebagai alat penyampai dakwah Mohd. Hanif Mat Nor Berita Harian (Sastera dan Budaya) 28/03/2001 Terperinci
1 2 3